My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Kehidupan di kolej
Thursday 11 February 2016 | 0 comments

Hidup sebagai seorang pelajar kolej bukan senang, bukan seronok seperti yang aku sangkakan. Dimana kita akan kenal lebih ramai orang, lebih ramai kawan dan ramai juga lawannya.
Ini bukan sekolah rendah yang kita boleh main-main. Ini bukan sekolah menengah yang kita boleh ambil remeh tentang pelajaran. Ini kolej, tempat untuk mengejar cita-cita.
"MUSUH" atau "HATERS" adalah salah satu isu yang akan berlaku dimana sahaja. Susah kan bila kita ada masalah dengan orang yang mungkin satu course/kelas? Mungkin dulu kita pernah juga ada masalah seperti ini di sekolah rendah/menengah. Tapi mudah untuk kita lari. Caranya, pindah sekolah 😀. Tetapi, sekarang dah kolej. Kalau ade masalah dengan rakan, tidak tentu kita boleh lari, tidak boleh tukar kolej suka-suka.
Sekolah menengah, tukar sekolah masih lagi belajar pelajaran yang sama. Tetapi kolej, kita mesti ulang semula dari bawah walaupun kita sudah berada di sem4. Tak mudah kan ?
Orang selalu cakap "Aku buat benda salah, orang benci. Aku buat benda betul pun masih ada orang benci." Ingat, kita hidup dengan manusia, bukan malaikat. Manusia memang suka cari kesalahan org lain.
"So, ape yang perlu saya buat?" Senang je. Be yourself. Buat benda yang terbaik untuk diri sendiri. We dont live to please people.
P/s : Smile, cause haters gonna hate.